بســــــــــــــــم الله الرحمن الر حيـــــــــــــــــــــــم
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Firman Allah S.W.T (maksudnya):
" Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. " [QS. Al-Mukminun:9-11]
Dari Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar baginda Rasullullah SAW bersabda. " Sembahyang lima waktu akan menjadi kifarah kepada dosa-dosa yang dilakukan diantara kedua sembahyang tersebut. Iaitu dari satu sembahyang ke sembahyang lain jika melakukan dosa-dosa kecil akan terampun berkat sembahyangnya. Kemudian baginda Rasullullah SAW bersabda: Tidakkah kamu lihat kalau seorang yang bekerja disebuah kilang akan terdapat lima buah anak sungai yang mengalir dihadapan rumahnya. Apabila dia bekerja sudah pasti dipenuhi dengan kotoran, debu atau peluhnya dan setiap kali dia berlalu disungai tersebut dia akan mandi didalamnya. Adakah terdapat kotoran-kotoran lagi? Begitulah juga halnya dengan sembahyang yang mana dengan doa dan istighfarnya diampuni dosa-dosanya yang lalu dengan berkat sembahyangnya. " (HR. Bazzar, Tabrani)
Dari Abdullah ibn Qurtd r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda : " Perkara pertama yang akan dihisab bagi seorang hamba pada hari Kiamat ialah sembahyang. Sekiranya sembahyangnya baik, maka amalan-amalan yang lain akan diterima dan jika sembahyangnya rosak, maka semua amalan-amalan yang lain akan rosak. " (HR. Tabrani, Targhib)
Abu-Laits berkata: " Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus melazimi (membiasakan diri) empat dan meninggalkan empat iaitu:
1. Menjaga sembahyang lima waktu
2. Banyak bersedekah
3. Banyak membaca al-quran
4. Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)
Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:
1. Dusta
2. Khianat
3. Mengadu domba
4. Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: " Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.) "
Riwayat daripada Ibnu Umar Radhiallahu 'anhuma, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: " Sesungguhnya apabila seseorang kamu meninggal dunia akan dibentangkan kepadanya tempat duduk pada waktu pagi dan petang. Sekiranya dia ahli syurga maka dia penghuni ahli syurga dan sekiranya dia ahli neraka maka dia adalah penghuni ahli neraka. Lalu dikatakan kepadanya: " Inilah tempat dudukmu sehingga Allah membangkitkan engkau semula di hari Kiamat. " (HR. Bukhari)